Mahirah Basirah Binti Sa'ari
28 Ramadhan,aku menerima kunjungan dari seorang sahabatku yang bakal menjadi pengantin 6 hari lagi...InsyaAllah..(perkataan keramat yang membuatkan aku terkedu) AllahuRabbi..kunjunga sahabtku ke rumah bersama beberapa teman dan adiknya ku sambut dengan baik..jika boleh dihidagkan minuman buat tetamuku akan aku hidangkan, namun begitu, mereka lebih memilih untuk menjadi tetamu Tuhan berikutan Ramadhan yang masih tinggal sehari dua..


Selepas berbual sakan dan urusan yang hendak diselesaikan tadinya telah pun selesa, sahabatku meminta diri untuk pulang, mengejar masa untuk pulang ke Besut. Sebetulnya pada pagi hari itu, adik lelakiku membersihkan laman di hadapan rumah. Justeru, air dan juga kekotoran tanah juga mengalir masuk ke dalam kolam ikan keli di bawah tangga rumahku. Sahabatku yang begitu teruja dengan 'kebesaran' ikan keli itu memperkenalkan keli tersebut kepada sahabat yang datang bersamanya. Namun begitu, riak kecewa berbekas pada wajah-wajah mereka kerana kolam ikan keli keruh dengan air tanah yang mengalir masuk ke dalamnya. Bukan sahaja ikan yang tidak kelihatan, malahan bayangnya juga tidak dapat ditangkap oleh mata kasar ni. Tidak dapat dipastikan di mana kedudukan ikan di dalam kolam tersebut.

Tanpa sengaja, tetapi dalam keadaan aku sedar. Aku melafazkan janji bahwa jika sahabatku datang lagi pada bulan 11 dan 12 dia akan berpeluang untuk melihat ikan keli itu. Aku berucap sedemikian dengan niat pada masa berkenaan aku akan sempat membersihkan kolam berkenaan pada masa tersebut. Mereka juga teruja medengar tawaran ku. Namun siapa sangka, di sebalik ucapan ku itu, sebenarnya aku tanpa sedar mengundang kemurkaan Allah.. Ya Allah ampunkan daku... Aku insaf di atas ucapan kataku...

cerita ini besambung dengan tragedi yang menimpa diriku selepas ini...
0 Responses

Post a Comment