Mahirah Basirah Binti Sa'ari
Cuba bilang padaku siapa manusia di dunia ini yang berjaya melepasi dunia ini tanpa pernah dihujani hujan-hujan ujian... Yang berjaya mahupun yang tidak berjaya pasti semuanya pernah disimbah hujan ujian ini. Itulah dunia.. Dunia yang sedang kita bertapak dan berinjak ini, kita tidak akan pernah terlepas daripada ujian. Namun segalanya menjadi indah jika selamanya kita mampu untuk memandang hujanan ujian ini adalah sebenarnya perancangan dari Tuhan demi untuk mentarbiyyah diri kita. 

Aku juga sebagai manusia yang ditakdirkan untuk singgah di dunia ini. dibawa mengenal alam menerusi kedua ibu bapaku. sedari kecil bergenang dengan kolam kesusahan. Semua kita sebenarnya bergelut dengan ujian. Tiada siapa yang terlepas daripadanya. Jika selamanya aku memandang kepada ujian yang telah berlalu itu, aku pasti kan tiada lagi di dunia. Termakan dengan hasutan syaitan yag selalu bergolak supaya aku memisahkan jasad dan roh ini membuatkan aku menjadi lebih berani untuk bertindak. 

Di kala ini, serasanya dengan nikmat ujian itu, aku perlu melafazkan rasa syukurku kepada Allah, kerana Dia lah aku masih boleh berkongsi cerita hidupku pada hari ini. Alhamdulillah Ya Allah hari demi hari aku dididik dengan ujian ini, dengannya aku sepatutnya menjadi lebih matang dalam segala aspek hidup..berfikir mahupun bertindak...bercakap mahupun diam...segalanya perlu disandarkan pada Mu yang menciptakan aku..Usahlah kalian memandang kepada ujian dan musibah itu terlalu lama, usahlah terlalu berkira dengan ujian yang dibebankan barang sekejap, kerana semua ini akan berakhir sekejapan waktu lagi..

Aku tersedar dari lamunanku yang terlalu lama, tertancap kepada tabung gula di dapur, lama lamunanku sehingga tanpa sedar air panas yang inginku bancuhkan Milo itu sudah menjadi suam-suam kuku.. Aku terleka melihat semut-semut kecil itu yang berusaha meloloskan dirinya ke dalam tabung gula. Aku kagum dengan usaha mereka. 

Di kala ini aku mampu tersenyum melihat keletah semut-semut ini. Di kala lainnya, berbeza pula pandanganku kepada semut. Aku marah kepada usaha semut ini kerana mereka selalu  bertamu ke dalam tabung gula sehingga menyusahkan aku untuk membancuh minuman dan menyusahkan aku untuk memilih gula yang tidak dicerobohi oleh mereka. Namun ini bukanlah salah mereka, kekadang keletah adik-adik yang masih kecil terlupa untuk menutup tabung gula, sememangnya inilah yang mengundang semut-semut untuk masuk menikmati manisnya gula sehingga kadang-kadang banyak mereka yang kutemui mati di dalamnya, terkambus dek terleka kerana manisnya gula.  

Melihat situasi ini membuatkan aku marah, Marah kepada kecuaian adik kerana mereka semut ini berjaya menceroboh. Aku marah sehingga aku lupa kepada adanya ujian. Adanya pencipta ujian dan adanya ganjaran di sebalik ujian. Aku marah sehingga suatu saat Allah membuka pintu hikmah itu barang sekejapan waktu untukku melihat hikmah disebalik kematian seekor semut. Manakan tidak, gula yang telah diceroboh oleh najis cicak itu terkambus hikmahnya dengan disandarkan kematian semut-semut didalamnya. Aku bersyukur diberi peluang ini. Menyedari hakikatnya setiap sesuatu yang berlaku itu sebenarnya mempunyai hikmahnya yang tersendiri, walau kematian seekor semut sekalipun. Mereka-mereka yang berada di sekitar ujian itu hanyalah disandarkan sebagai rangka ujian yang semata-mata ditakdirkan kepada kita untuk menambahkan iman...waalhualam

Untuk diriku, aku perlu kuat untuk mempertahankan prinsip hikmah di sebalik ujian itu.. aku perlu...  walau seekor semut yang mati di dalam gula itu pun aku perlu memandangnya sebagai ujian yang terselindung hikmah di sebaliknya. aku perlu agar bertambah kekuatan diriku untuk berhadapan dengan ujian-ujian cinta Ilahi idalam hidup yang sekejap ini.. Ya Allah kurniakan untuk kami kekuatan dalam berhadapan dengan segala bentuk ujianMU....

Mahirah Basirah Binti Sa'ari
Esakan tangis di dalam jiwa masih belum berhenti meronta dari sebuah kemerdekaan yang bakal dikecap selepas 3 bulan di sana. Wajah emak dan abah ku tatap satu persatu demi mengumpul kekuatan sebagai bekalku ke sana. Inilah kali pertama Izzah Fitriyyah melangkahkan kakinya meninggalkan emak dan abah. Perjalanan yang disandarkan menerusi kelayakannya yang terpilih sebagai peserta PLKN yang bakal ditempuhi sebenarnya adalah ketetapan Rabb untuk mendidik dirinya. Namun mampukah dirinya untuk menghadapi ujian demi ujian pada pertama kali dirinya berpisah daripada sumber kekuatannya? Dan mampukah dirinya menyingkap segala ujian itu sebagai tasbih cinta daripada sumber kekuatan yang sentiasa berdamping dengannya?

Izzah menangis menghiba tatkala mengetahui dirinya terpilih sebagai peserta PLKN. Hari-hari yang berlalu selepas itu begitu suram. Begitu memberat di fikirannya, seolah-olah dia bakal menempuh sebuah perjalanan yang akan merosakkan dirinya.. Bagaimanakah nasibnya selepas ini akan ditentukan oleh pilihan dirinya sendiri....perjalanan selama 3 bulan di sana betul-betul memberi impak mendalam untuk dirinya. 
Mahirah Basirah Binti Sa'ari

"Barangsiapa yang memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menggantikan setiap kesusahannya menjadi kemudahan dan setiap kesempitannya menjadi keluasan"



Seorang wanita menceritakan kisahnya, Suamiku meninggal dunia saat aku berumur tiga-puluhan tahun, sementara aku mempunyai lima orang putra-putri darinya. Saat itu, dunia menj...adi kelam bagiku, aku terus menangis sampai aku khawatir terhadap mataku. Lalu aku merenungi nasib, seakan aku dirundung putus asa, kebimbangan melilitku, kebingungan menyelimutiku, anak-anakku masih kecil sementara kami tidak mempunyai income yang bisa mencukupi. Aku belanja dengan hemat dari sisa uang yang ditinggalkan oleh ayah anak-anakku. Ketika menyendiri dalam kamar, tiba-tiba aku mendengarkan radio, pada acara Al-Qur'anul Karim, saat itu seorang syekh menjelaksan bahawa Rasulullah S.A.W pernah mengatakan:


"Barangsiapa yang memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menggantikan setiap kesusahannya menjadi kemudahan dan setiap kesempitannya menjadi keluasan"


Akhirnya, aku memperbanyakkan istighfar dan menyuruh anak-anakku untuk melakukannya juga. Belum genap enam bulan datanglah rencana proyek di atas tanah milik kami, harta satu-satunya kepemilikan kami diganti dengan jutaan riyal. Selain itu salah seorang anakku mendapat rangking pertama di sekolahnya di desa kami, dan iapun telah menyelesaikan hafalan Al-Quran.


Selanjutnya, kami pun bisa menyalurkan bantuan kepada masyarakat. Keluarga kami dipenuhi rizki yang berlimpah, hidup kami menjadi bahagia, dan Allah S.W.T menjaga anak-anak kami baik yang putra maupun putri.  

Sirnalah kebimbangan, kesedihan dan kebingungan kami, dan aku menjadi wanita yang paling bahagia.


WANITA YANG PALING BAHAGIA DI DUNIA: Dr. 'Aidh al-Qarni




Mahirah Basirah Binti Sa'ari
Sedari pagi aku merasakan debaran di hati. Namun kugagahkan jua kakiku untuk bangun dan bersiap ke sekolah. Dengan langkah malas aku bangun mencapai tuala yang masih setia di ampaian. Ku heretkan kakiku ke bilik mandi walaupun suhu pada pagi ini sangat mencengkam urat hitamku. Selepas solat subuh aku menjamah sarapan pagi yang telah tersedia di atas meja. Satu rutin yang aku perlu lakukan pada setiap hari persekolahan. Solat subuh, kejut adik-adik solat subuh dan bangun awal. Huh…letih aku mengamalkan rutin ini tanpa aku tahu apa pentingnya aku berbuat sedemikian?? 

Derapan kaki beberapa orang pelajar lelaki kedengaran di pelususk telingaku menghampiri tandas tempat aku dan rakan-rakanku berehat. Derapan kaki itu semakin lama semakin menghampiri pintu utama tandas di blok makmal Sains. Akhirnya muncul seraut wajah yang kukenal, Talha. Aku kaget bersama kepulan asap yang sememangnya diiktiraf sebagai kesalahan besar untuk remaja seusiaku. Rakan sekelasku 3 Bukhori turut sama terkejut melihat pertembungan antara dua beradik itu. Talhah seorang abang yang berusia dua tahun lebih dari usiaku menghampiri aku dengan langkah yang longlai, kecewa dengan apa yang telah aku perbuat. Dari raut wajahnya aku dapat mengesan riak kecewa dan sedih yang ditahan-tahan. Sekejap menghampiriku, sepatah kata yang keluar daripada mulut Talha membuatkan aku tersedar  dari duniaku. 

            “anak harapan dan kebanggan mak, begini caranya membalas penghormatan yang mak berikan?” berderau darahku, gigil tubuhku sejak dari mula tadi masih belum menghilang. Lantas dia menarik tanganku, mengheret aku keluar daripada sesak kepulan asap yang menyesakkan hidung. Lantas aku menadahkan mukaku tanda bersedia untuk ditampar dan disumpah-sumpah olehnya. Namun dia Talha terus menarik tanganku menjauh daripada rakan-rakanku dan rakan-rakanya, aku menunggu hukuman yang telah terpikul atas pundaknya sebagai seorang abang. Akhirnya dia berhenti di suatu tempat yang jauh daripada pandangan mata pelajar lain. Serta merta Talha membisikkan hukuman dalam nada memendam marah dan kecewa, sehingga hukuman yang diberikan hampir-hampir tidak kedengaran di telingaku. Namun dek kerana kesejukan, telingaku hanya berfokus pada kata-kata Talha yang akhirnya otakku dapat mentafsirkan hukuman tadi….dia ingin mengajak aku pulang untuk dihadapkan ke mahkamah pengadilan ‘mak’. 

            Waktu persekolahan hampir berakhir, aku nampak kelibat lelaki yang semirip denganku itu semakin menghampiri kelasku. Raut wajah yang seiras, namun aku berkulit gelap manakala Talha abangku berkulit cerah. Aku masih keliru mencari jawapan di mana miripnya kami. Tetapi perkataan itulah yang sering diutarakan oleh guru-guru dan rakan-rakan sekolahku. Melihat Talha yang berdiri di hadapan pintu kelasku,debaran jantungku kian memuncak. “aku tidak mahu balik ke rumah kerana aku duduk di asrama sekolah. Satu kesilapan akan aku lakukan apabila aku keluar daripada asrama tanpa pengetahuan warden’”. Satu usaha untuk menyelamatkan diriku daripada berdepan dengan mahkamah yang mendebarkan aku. Aku mengharapkan simpati daripada seorang abang. Namun begitu perubahan sikapnya sedari kejadian tadi masih memeningkan kepalaku. Talha yang ada di depanku ini bukan abangku. Kerana abang yang aku kenal dulu seorang yang suka menjamah pipiku dengan jemarinya yang runcing dan juga menghambur aku dengan kata-katanya yang kesat.

Aku masih terpana dengan Talha yang berada di hadapanku. Dengan motorsikal tua milik abah yang ditungganynya ke sekolah dia memboncengku untuk balik berjumpa dengan emak. Hanya Allah yang tahu betapa sejuknya badan ku menahan ketakutan atas sedikit kecuaian yang aku lakukan di tandas sekolah pagi tadi. Setibanya di rumah aku masih mengharap agar Talha melepaskan kemerahannya kepadaku sebagaimana biasa. Suara manja gurauan emak menyambut kepulangan kami berdua dari sekolah. Tanpa mengetahui aku anaknya ini telah menconteng arang ke mukanya. Namun begitu, aku masih merasakan kesalahan aku tidaklah seberapa untuk dimaki-maki dengan teruknya. Aku hanya ingin mencuba. Ingin mencuba. Itulah jawapan yang aku akan gunakan apabila berhadapan dengan mak. Melihat keseronokan dan keasyikan rakan ku yang menghisap rokok sambil mengepul-ngepulkan asap ke udara membuatkan aku rasa tercabar dan diulit keseronokan. Aku seorang remaja, dan mak perlu memahami aku yang sedang membesar ini.

Sedang kami mendaki anak-anak tangga, akhirnya emak dapat mengesan riak wajah kelat kami berdua. Tidak seperti hari biasa samada kami akan bertengkar mulut atau bergelak ketawa apabila kami pulang bersama dari sekolah. Kali ini hanya dua insan yang bisu dengan wajah menunduk pulang ke rumah dengan pakaian seragam sekolah dengan lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri masih setia melekap dengan kemas di badan kedua-dua anaknya itu. Akhirnya kesunyian antara kami berdua dipecahkan dengan suara Talha. Nafasu semakin sesak. Emak melihat perubahan wajah kami berdua. Dengan tegas suara Talha memberi arahan kepadaku. ‘aku tak mahu kata apa-apa, ceritakan sendiri apa yang telah berlaku”. Bagai halilintar yang menarik jantungku, aku terkejut dengan arahan yang diberikan. Sepatutnya Talha lah yang akan menceritakan segala-galanya sebagai cara untuk menghilangkan kemarahan yang dipendam di dalam hatinya kerana telah memalukan aku di hadapan rakan-rakannya di tandas sekolah pagi tadi. Namun begitu dengan arahan yang diberikan, emak mengalihkan wajahnya kepadaku, menunggu butir bicara dariku. Aku membisu. 

Seketika kemudian aku mengumpulkan kekuatan. “kita hisap rokok”. Kita itulah bahasa panggilan mewakili diriku untuk aku bercakap dengan mak dan abah. Aku dapat melihat riak terkejut mak dengan mulut sedikit ternganga. Namun begitu, cepat sahaja emak memintas percakapnku. Mesti ada sebab kan? Lembut menerobos telingaku. Bagai dipukau dengan kelembutan emak, aku menceritakan segala-galanya. ‘kita cuma nak cuba…., ni baru kali pertama kita cuba, dah jadi macam ni…..’ teringat aku akan kata-kata ustaz, “orang yang baik ni, bila dia buat silap sekali terus terkantoi”. Tersenyum aku pabila teringat kata-kata ustaz tersebut. Mendengar suara Talha yang berdehem halus, aku tersedar daripada lamunanku, aku masih berada di hadapan emak dan Talha. Akhirnya Talha berbicara. ‘ingatlah, siapa anak yang emak agung-agungkan sangat dan apa yang jadi pada dia sekarang?’kita bukan nak menyindir mak, tapi tengoklah apa anak yang mak agung-agungkan ni dah buat”  bagai dihiris sembilu, dicurah air panas ke mukaku. Aku malu dengan kenyataan yang dikeluarkan. ‘akukah anak yang diagung-agungkan oleh emak?? Berderau darahku seiring dengan rembesan air mata mengalir dari kelopak mataku. Aku insaf!. Aku baru tersedar rupanya aku membawa imej dan harapan emak dan abahku walau ke mana saja aku melangkahkan kakiku. 

Duhai Allah kuatkan dan cekalkan hatiku dalam menghadapi cubaan dan ujian dariMu……  Aku insaf ya Allah.. Terimakasih kerana menjadikan Talha sebagai abangku.. Jika aku yang berada di tempatnya pasti tubuh adikku kan menjadi sasaran, amarahku memenuhi segala ruang..membalas aib di hadapan kawan-kawan...namun begitulah yang ditetapkan Tuhan, Dia sebagai abang. Aku mengangumi dirinya dalam diam. Walaupun dia  di kelas yang terkebelakang dan menjadi sasaran guru disiplin sekolah, namun hati dan jiwanya yang matang berjaya menundukkan sebuah ego milik adiknya  di kelas yang paling hadapan ini.. Terima kasih ya Allah…
Mahirah Basirah Binti Sa'ari

Pagi yang hening ini, setelah menghabiskan sedikit masaku membaca al’mathurat di surau aku bergegas untuk pulang ke bilik. Namun ketergesaanku terbatas pada langkah longlaiku yang cuba menghayati dan menyelami susasa pagi di kampusku. Lain benar kabus yang kunikmati di sini. Udaranya membuatkan rongga rusukku mejadi sesak. Wallahualam, aku selalu terfikir kandungan udara yang ku hirup itu, namun tak terjangkau dek pemikiranku, soalan itu sentisa berlalu di bawa oleh langkahku yang hilang di sebalik kegelapan kabus pagi . 
Sesampai di bilik aku mula menghidupkan computer riba yang menjadi peneman hidupku sepanjang 5 tahun di sini. Walaupun sudah banyak keluaran terkini yang lebih cangih berbanding modul computer ribaku Aspire 380 yang dibelikan oleh abahku dahulu sekitar RM1900. Ini masih aku sayang untuk ditukar ganti dengan computer riba yang lain. Aku mula mencari surah2 pilihan untuk ku jadikan sebagai halwa telinga ku pada pagi ini. Baru-baru ini aku mendapat satu amalan baru bagi mebolehkan aku menghayati al-quran. Aku teringin untuk menghafal nama2 dan bilangan surah yang terdapat di dalam al-quran. Setakat yang aku ingat surah al-mu’minun surah yang ke 32, al-mulk 76 dan as-soff 61. 
Moga Allah memberkati usahaku ini. Duhai Allah lindungi jasadku daripada menjadi makanan kepada tanah kuburku, Engkau kekalkanlah bentuk jasadku ini, perindahkan ia, sehingga ke syurga duhai Allah.. Allahummakhtim alaiya bihusnil khotimah wala takhtim alaiya bissu’il khotimah….