Sedari pagi aku merasakan debaran di hati. Namun kugagahkan jua kakiku untuk bangun dan bersiap ke sekolah. Dengan langkah malas aku bangun mencapai tuala yang masih setia di ampaian. Ku heretkan kakiku ke bilik mandi walaupun suhu pada pagi ini sangat mencengkam urat hitamku. Selepas solat subuh aku menjamah sarapan pagi yang telah tersedia di atas meja. Satu rutin yang aku perlu lakukan pada setiap hari persekolahan. Solat subuh, kejut adik-adik solat subuh dan bangun awal. Huh…letih aku mengamalkan rutin ini tanpa aku tahu apa pentingnya aku berbuat sedemikian??
Derapan kaki beberapa orang pelajar lelaki kedengaran di pelususk telingaku menghampiri tandas tempat aku dan rakan-rakanku berehat. Derapan kaki itu semakin lama semakin menghampiri pintu utama tandas di blok makmal Sains. Akhirnya muncul seraut wajah yang kukenal, Talha. Aku kaget bersama kepulan asap yang sememangnya diiktiraf sebagai kesalahan besar untuk remaja seusiaku. Rakan sekelasku 3 Bukhori turut sama terkejut melihat pertembungan antara dua beradik itu. Talhah seorang abang yang berusia dua tahun lebih dari usiaku menghampiri aku dengan langkah yang longlai, kecewa dengan apa yang telah aku perbuat. Dari raut wajahnya aku dapat mengesan riak kecewa dan sedih yang ditahan-tahan. Sekejap menghampiriku, sepatah kata yang keluar daripada mulut Talha membuatkan aku tersedar dari duniaku.
“anak harapan dan kebanggan mak, begini caranya membalas penghormatan yang mak berikan?” berderau darahku, gigil tubuhku sejak dari mula tadi masih belum menghilang. Lantas dia menarik tanganku, mengheret aku keluar daripada sesak kepulan asap yang menyesakkan hidung. Lantas aku menadahkan mukaku tanda bersedia untuk ditampar dan disumpah-sumpah olehnya. Namun dia Talha terus menarik tanganku menjauh daripada rakan-rakanku dan rakan-rakanya, aku menunggu hukuman yang telah terpikul atas pundaknya sebagai seorang abang. Akhirnya dia berhenti di suatu tempat yang jauh daripada pandangan mata pelajar lain. Serta merta Talha membisikkan hukuman dalam nada memendam marah dan kecewa, sehingga hukuman yang diberikan hampir-hampir tidak kedengaran di telingaku. Namun dek kerana kesejukan, telingaku hanya berfokus pada kata-kata Talha yang akhirnya otakku dapat mentafsirkan hukuman tadi….dia ingin mengajak aku pulang untuk dihadapkan ke mahkamah pengadilan ‘mak’.
Waktu persekolahan hampir berakhir, aku nampak kelibat lelaki yang semirip denganku itu semakin menghampiri kelasku. Raut wajah yang seiras, namun aku berkulit gelap manakala Talha abangku berkulit cerah. Aku masih keliru mencari jawapan di mana miripnya kami. Tetapi perkataan itulah yang sering diutarakan oleh guru-guru dan rakan-rakan sekolahku. Melihat Talha yang berdiri di hadapan pintu kelasku,debaran jantungku kian memuncak. “aku tidak mahu balik ke rumah kerana aku duduk di asrama sekolah. Satu kesilapan akan aku lakukan apabila aku keluar daripada asrama tanpa pengetahuan warden’”. Satu usaha untuk menyelamatkan diriku daripada berdepan dengan mahkamah yang mendebarkan aku. Aku mengharapkan simpati daripada seorang abang. Namun begitu perubahan sikapnya sedari kejadian tadi masih memeningkan kepalaku. Talha yang ada di depanku ini bukan abangku. Kerana abang yang aku kenal dulu seorang yang suka menjamah pipiku dengan jemarinya yang runcing dan juga menghambur aku dengan kata-katanya yang kesat.
Aku masih terpana dengan Talha yang berada di hadapanku. Dengan motorsikal tua milik abah yang ditungganynya ke sekolah dia memboncengku untuk balik berjumpa dengan emak. Hanya Allah yang tahu betapa sejuknya badan ku menahan ketakutan atas sedikit kecuaian yang aku lakukan di tandas sekolah pagi tadi. Setibanya di rumah aku masih mengharap agar Talha melepaskan kemerahannya kepadaku sebagaimana biasa. Suara manja gurauan emak menyambut kepulangan kami berdua dari sekolah. Tanpa mengetahui aku anaknya ini telah menconteng arang ke mukanya. Namun begitu, aku masih merasakan kesalahan aku tidaklah seberapa untuk dimaki-maki dengan teruknya. Aku hanya ingin mencuba. Ingin mencuba. Itulah jawapan yang aku akan gunakan apabila berhadapan dengan mak. Melihat keseronokan dan keasyikan rakan ku yang menghisap rokok sambil mengepul-ngepulkan asap ke udara membuatkan aku rasa tercabar dan diulit keseronokan. Aku seorang remaja, dan mak perlu memahami aku yang sedang membesar ini.
Sedang kami mendaki anak-anak tangga, akhirnya emak dapat mengesan riak wajah kelat kami berdua. Tidak seperti hari biasa samada kami akan bertengkar mulut atau bergelak ketawa apabila kami pulang bersama dari sekolah. Kali ini hanya dua insan yang bisu dengan wajah menunduk pulang ke rumah dengan pakaian seragam sekolah dengan lencana Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri masih setia melekap dengan kemas di badan kedua-dua anaknya itu. Akhirnya kesunyian antara kami berdua dipecahkan dengan suara Talha. Nafasu semakin sesak. Emak melihat perubahan wajah kami berdua. Dengan tegas suara Talha memberi arahan kepadaku. ‘aku tak mahu kata apa-apa, ceritakan sendiri apa yang telah berlaku”. Bagai halilintar yang menarik jantungku, aku terkejut dengan arahan yang diberikan. Sepatutnya Talha lah yang akan menceritakan segala-galanya sebagai cara untuk menghilangkan kemarahan yang dipendam di dalam hatinya kerana telah memalukan aku di hadapan rakan-rakannya di tandas sekolah pagi tadi. Namun begitu dengan arahan yang diberikan, emak mengalihkan wajahnya kepadaku, menunggu butir bicara dariku. Aku membisu.
Seketika kemudian aku mengumpulkan kekuatan. “kita hisap rokok”. Kita itulah bahasa panggilan mewakili diriku untuk aku bercakap dengan mak dan abah. Aku dapat melihat riak terkejut mak dengan mulut sedikit ternganga. Namun begitu, cepat sahaja emak memintas percakapnku. Mesti ada sebab kan? Lembut menerobos telingaku. Bagai dipukau dengan kelembutan emak, aku menceritakan segala-galanya. ‘kita cuma nak cuba…., ni baru kali pertama kita cuba, dah jadi macam ni…..’ teringat aku akan kata-kata ustaz, “orang yang baik ni, bila dia buat silap sekali terus terkantoi”. Tersenyum aku pabila teringat kata-kata ustaz tersebut. Mendengar suara Talha yang berdehem halus, aku tersedar daripada lamunanku, aku masih berada di hadapan emak dan Talha. Akhirnya Talha berbicara. ‘ingatlah, siapa anak yang emak agung-agungkan sangat dan apa yang jadi pada dia sekarang?’kita bukan nak menyindir mak, tapi tengoklah apa anak yang mak agung-agungkan ni dah buat” bagai dihiris sembilu, dicurah air panas ke mukaku. Aku malu dengan kenyataan yang dikeluarkan. ‘akukah anak yang diagung-agungkan oleh emak?? Berderau darahku seiring dengan rembesan air mata mengalir dari kelopak mataku. Aku insaf!. Aku baru tersedar rupanya aku membawa imej dan harapan emak dan abahku walau ke mana saja aku melangkahkan kakiku.
Duhai Allah kuatkan dan cekalkan hatiku dalam menghadapi cubaan dan ujian dariMu…… Aku insaf ya Allah.. Terimakasih kerana menjadikan Talha sebagai abangku.. Jika aku yang berada di tempatnya pasti tubuh adikku kan menjadi sasaran, amarahku memenuhi segala ruang..membalas aib di hadapan kawan-kawan...namun begitulah yang ditetapkan Tuhan, Dia sebagai abang. Aku mengangumi dirinya dalam diam. Walaupun dia di kelas yang terkebelakang dan menjadi sasaran guru disiplin sekolah, namun hati dan jiwanya yang matang berjaya menundukkan sebuah ego milik adiknya di kelas yang paling hadapan ini.. Terima kasih ya Allah…

Post a Comment